MySpace GlitterMySpace GlitterMySpace GlitterMySpace GlitterMySpace GlitterMySpace GlitterMySpace GlitterMySpace GlitterMySpace GlitterMySpace GlitterMySpace GlitterMySpace GlitterMySpace GlitterMySpace GlitterMySpace Glitter

Sunday, January 04, 2009

Palestin terus sengsara selagi Yahudi berkuasa

ISRAEL turut membunuh kanak-kanak dalam serangan di Gaza.

SERANGAN pengganas Israel terhadap Gaza pada penghujung 2008 dan permulaan 2009 pasti menghapus ingatan masyarakat antarabangsa terhadap kisah kasut dan seorang presiden yang sangat memalukan. Sekarang media tertumpu pada pencerobohan Israel ke atas bangsa Palestin, kes kasut sudah selesai, dunia tidak perlu ingat lagi.
Bahkan yang lebih memilukan hati seorang Muslim adalah fokus serangan keji dan tidak bertamadun Israel sekutu Amerika Syarikat itu hanya dikhususkan kepada Hamas sebagai pemerintah sah Palestin. Padahal kini dalam konteks perjuangan tulen, Palestin adalah Hamas dan Hamas adalah Palestin. Hamas adalah usaha memanjangkan Harakah Muqawamah Islamiyyah (Gerakan Penentangan Islam) ditubuhkan sekitar pertengahan 1980-an. Ketika itu, penulis masih menuntut dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh, Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Kuwait. 
Satu peristiwa yang masih hangat dalam ingatan, ketika nama pergerakan itu diperkenalkan satu polemik bahasa muncul di khalayak masyarakat Arab berkaitan penggunaan kata 'hamas' yang menurut sesetengah pendapat tidak tepat kerana sepatutnya dari segi bahasa Arab diucapkan 'hamasah' atau 'himas' bererti semangat. Bagaimanapun, penggunaannya dikekalkan kerana tidak berkaitan dengan masalah ucapan tetapi perjuangan untuk membebaskan Palestin daripada penjajahan Israel. Bukan masalah standard bahasa 'fi'al' atau 'fa'alah'. Bahasa Arab tidak mengenal singkatan dalam sistem tata bahasanya. Walaupun ada, ia sangat sedikit dan boleh dikira dengan jari. Sebagai contoh, singkatan huruf jim-mim-'ain adalah untuk Jumhuriyyah Misr 'Arabiyyah (Republik Arab Mesir); huruf 'dal' untuk doktor; dan huruf 'hamzah' untuk profesor di universiti. 
Serangan ganas Israel yang meragut 400 nyawa dan mencederakan lebih 1000 orang awam selama lima hari bukan yang pertama dan terakhir bagi bangsa Yahudi. Mereka pernah membunuh 70,000 nabi sehari dan tidak rasa salah sedikit pun apatah lagi menyesal, ini pula hanya manusia biasa walaupun kanak-kanak dan orang tua.
Mereka tidak akan berhenti mengganas kecuali seperti dikatakan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad beberapa masa lalu, Yahudi dihapuskan dari peta dunia. Namun siapa berani, sanggup dan berkuasa? Malah sekarang berlaku sebaliknya, umat Islam yang tidak ada dalam peta dunia.
Bangsa Yahudi khasnya di Israel tidak takut kepada umat Islam dunia kini yang masih mendepani keduniaan daripada kehidupan akhirat. Mereka tidak takut selagi umat Islam mengamal dan memakan riba; bergembira pada malam tahun baru atau tidak peduli halal makanan yang di lahap. Bangsa Yahudi akan gerun jika umat Islam benar-benar melaksanakan ajaran Islam. Perdana Menteri pertama Israel, Golda Mier, pernah berkata bahawa dia tidak takut menentang bangsa Arab secara keseluruhannya selagi mereka tidak solat Subuh berjemaah seperti solat Jumaat. Keyakinan ini diucapkan Perdana Menteri perempuan itu ketika Arab dan Israel berada dalam kancah peperangan.
Kelompok pelampau agama Yahudi pun mempercayai kehancuran bangsa mereka akan berada di tangan umat Islam. Kepercayaan mereka berdasarkan keimanan mereka terhadap kebenaran Nabi Muhammad SAW. Mereka percaya Muhammad adalah seorang nabi, tapi tidak mahu mengikutinya. Oleh itu, mereka percaya seperti diberitakan dalam beberapa hadis berkaitan akhir zaman, bangsa Yahudi akan dikalahkan oleh umat Islam sehingga batu pun berkata kepada tentera Islam: "Wahai pejuang Islam! Di sebalik aku ada orang Yahudi maka bunuhlah." Antara hadis itu adalah yang bermaksud: "Tidaklah akan berlaku kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata: "Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah dia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu daripada pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)." (Hadir riwayat Bukhari dan Muslim)
Kepercayaan bangsa Yahudi termasuk umat Kristian terhadap kebenaran Nabi Muhammad SAW dan terhadap apa yang dibawa Baginda termaktub dalam sebuah ayat al-Quran yang maksudnya: "Orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) seperti mereka mengenali anak mereka sendiri. Sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan demikian." (Surah al-Baqarah: 146)
Mengapa mereka mengetahui sifat Nabi Muhammad dan kebenaran Islam yang dibawa Baginda. Al-Quran membuktikan maksudnya: "Iaitu orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad) Nabi Ummi yang mereka dapati tertulis (nama dan sifatnya) dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara baik dan dia melarang daripada melakukan perkara keji; dia menghalalkan bagi mereka segala benda baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda buruk; dan dia juga menghapuskan daripada mereka beban dan belenggu yang ada pada mereka. Maka orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang yang berjaya." (Surah al-A'raf: 157)
Bangsa Yahudi dan umat Kristian mengimani Nabi Muhammad dan mempercayai kebenaran Islam, tetapi mereka tidak mahu menjadi pengikutnya. Jika bangsa Yahudi menang dalam perang menentang Arab, maka barang rampasan perang itu tidak lagi mereka bakar seperti diajarkan Taurat tetapi mereka memanfaatkannya seperti yang diajarkan al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad. Ini satu contoh pentafsiran ayat di atas khasnya perkataan "dan dia juga menghapuskan daripada mereka beban dan belenggu yang ada pada mereka." Mereka percaya tetapi tidak ikut.
Sebaliknya, umat Islam harus menjadi kuat dan tinggi martabatnya seperti ditegaskan al-Quran maksudnya: "Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan jangan kamu berduka cita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang yang (sungguh-sungguh) beriman." (Surah Ali 'Imran: 139)
Syarat kekuatan dan kemenangan dalam ayat ini ialah beriman. Inilah yang membezakan umat Islam dan ahli kitab. Mereka mempercayai kebenaran Islam, tetapi tidak mengikutinya.
Sebaliknya, kita pengikut Islam, tidak mempercayai kebenarannya. Inilah yang sedang kita perhatikan di Gaza, Palestin serta kawasan yang sama dengannya. Ghufranak, Ya Rabb!

Saturday, January 03, 2009

Inilah Janjiku..Sebuah Perjuangan


Ini semuanya takdir tuhanku...
Walaupun hatiku yang hiba tidak dapat menerimanya
Apakan daya
Tapi ku percaya..terselit hikmah disebaliknya
Tuhan tak kan membiarkan perjuangan
Selesai tanpa dugaan yang maha berat.

Percayalah....
Hari yang dinantikan pasti tiba
Merangkul kembali takhta dunia
Untuk dimahkotakan kepada ISLAM yang tercinta
Tidur ku takkan lena
Sehingga....impian ku tercapai indah
Bagai mimpi ngeri di siang hari..
Tumbangnya pejuang...
Tersungkur menyembah bumi...aduhai.
itulah mainan hidup ini

BANGUNLAH KEMBALI!!! 

Pandanglah dunia...
Di sana insan dipermainkan
Masih ada yang memerlukanmu
Mereka terpinga tanpa amaran

SEDARKAN MEREKA!!! 

Teruskan perjuanganmu....
Bayangkan generasi yang mendatang
Ke manakah haluan??
Adakah dididik tamakkan dunia??
Atau celik mengenal akhirat??

aku....
Di sanubari ku membara sebuah impian
Takkan kesampaian tanpa cubaan
Akan gigih mara kehadapan

Ku harapkan...
Sokongan dan dokongan
Inspirasi pencekal jiwa
Agar impian menjadi nyata

Yang pasti....
Masyrakat kenal akan kemurniaan islam
Cinta sesama manusia
Prihatin tak kira bangsa
Tiada yang buta tanpa pembela

Akan ku perjuangkan....
Inilah JANJIKU
Ku yakin
Tuhan akan bersamaku
InsyaAllah!!!

Perjuangan


perjuangan itu gerun dan mengerikan
hebat dan dahsyat menggerunkan hati
bagi mukmin di sini harga dan nilainya

perjuangan itu bagai sampan di laut
di atas lapang tiada perlindungan
di bawa air melambung dan menggunung
menongkah gelombang yang datang melanda

kiri kanan depan dan belakang
angin yang menderu tidak tahu bila datang
hujan badai yang datang menyerang
bak singa lapar yang garang

kadang-kadang terdampar di batu karang
penumpang menerima nasib berlainan
ada yang jatuh ada yang tenggelam
yang pandai berenang berpaut ke sampan

kiri kanan depan dan belakang
angin yang menderu tidak tahu bila datang
hujan badai yang datang menyerang
bak singa lapar yang garang

kadang-kadang terdampar di batu karang
penumpang menerima nasib berlainan
ada yang jatuh ada yang tenggelam
yang pandai berenang berpaut ke sampan

ada yang berjaya berenang ke tepian
sekali lagi ia melayar sampan
walau perlayaran mungkin tidak berjaya
namun harapnya hanya pada yang esa

Peperangan Demi Peperangan


Daripada Abu Hurairah r.a.. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda; "Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku "al-Harj". Sahabat bertanya, "apakah al-Harj itu hai Rasulullah?". Nabi S.A.W menjawab: "Peperangan demi peperangan demi peperangan.."

Realiti dunia hari ini membuktikan sabda junjungan kita Nabi S.A.W.. Harta benda melimpah ruah. Banyak alat-alat moden yg dihasilkan oleh teknologi barat dan timur sehingga bertambah banyak alatan dan keperluan hidup. Maka oleh krn itu ramai org yg berlumba-lumba utk mengaut keuntungan dlm membuat dan memperdagangkan alat-alat tersebut. Dan oleh krn masing-masing tamak dan rakus maka terjadilah perebutan yg mengakibatkan berlakunya peperangan demi peperangan. Dari masa kesemasa peperangan berkobar dgn tiada henti-hentinya. Padam di suatu tmpt menyala pula di tmpt lain. Satu sama lain saling cakar mencakar. Semakin maju teknologi, semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya teknologi tidaklah bercanggah dgn islam, tetapi ia mestilah tunduk di bwh etika kemanusiaan yg didukung oleh islam itu sendiri. Sedangkan teknologi yg ditaja oleh dunia barat hari ini adalah berdasarkan kpd kepentingan peridi dan mengikut telunjuk hawa nafsu yg rakus sehingga teknologi itu digunakan utk menghancurkan nilai-nilai kemanusiaan itu sendiri.

Syair Wasiat Di Akhir Zaman


Jika hendak hidup beriman,
Serta mulia di sisi Tuhan,
Marilah kita hendak ingatkan,
Wasiat nabi di akhir zaman.

Wajiblah kita menjaga diri,
Cabaran hidup banyak sekali,
Janganlah kita lupakan diri,
Hidup ini menuju mati.

Bila melihat mungkar yang nyata,
Maka janganlah hanya mengata,
Tapi bangkitlah menabur jasa,
Membimbing umat jadi pelita.

Umat islam perlu didakwah,
Nasihat baik serta berhikmah,
Dengan semangat serta ukkhuwah,
Hubungan kita tambah meriah.